BEGITU PANTAS Masa berlalu, Biarpun Ramadhan yang lalu telah berlalu pergi walaupun kita rasa baru beberapa hari yang lalu Ramadhan meninggalka kita tapi kini Ramadhan datang lagi mengunjungi kita, ketibaan bulan yang penuh keberkatan ini memang ditunggu-tunggu oleh sekalian Umat Islam di seantero dunia.
Kalau markah pahala kita di Ramadhan yang lalu sekadar cukup-cukup makan, maka Ramadhan kali ini kita hendaklah berusaha agar Ramadhan kali ini adalah yang lebih baik daripada yang telah berlalu meninggalkan kita. Mari bersama kita jadikan Ramadhan kali ini seolah-olah Ramadhan yang terakhir bagi hidup kita. Menjadi kelaziman bila tiba Ramadhan ialah di siangnya kita sama-sama menahan lapar dan dahaga di samping menjauhi perkara-perkara yang membatalkan puasa malah perkara-perkara yang boleh mengurangkan markah pahala atau ganjaran puasa tersebut, dan tidak semata-mata hanya dapat lapar dan dahaga. Dikesempatan ini, Mat Kecoh selaku insan biasa yang tidak lekang melakukan kesalah ingin menyusun sepuluh jari kepada semua pembaca blog mat kecoh ini, sekiranya sepanjang Mat Kecoh bergelar blogger ini ada kesilapan-kesilapan diri Mat Kecoh yang secara sengaja mahupun tidak sengaja yang dilakukan oleh Mat Kecoh kerana saya hanyalah Manusia biasa yang tahu tulis baca kadang-kadang terlupa watak dan perangai aku manusia.
0 Comments
BERSEMPENA dengan Hari Raya Aidilfitri 1438H, Mat Kecoh ingin berkongsi dengan korang semua sebuah lagu raya baru untuk sama-sama kita meriahkan sambutan Hari Raya Aidilfitri pada kali ini. Tajuk lagu ini ialah Hang Pi Raya yang dinyanyikan oleh kumpulan Khalifah. Mat Kecoh akan turut kongsikan lirik lagu ini untuk kemudahan korang semua.
LIRIK LAGU JUDUL LAGU : HANG PI RAYA ARTIS: KHALIFAH
HARI INI Mat Kecoh nak kecoh pasal CTOS, persoalan yang Mat Kecoh nak kecohkan ialah kenapa perlu adanya CTOS, kewujudan CTOS sememangnya menyusahkan orang ramai. Sedangkan kita sudah ada CCRIS sebagai rujukan kredit sah yang disediakan oleh Bank Negara Malaysia.
Kewujudan CTOS sebagai rujukan kredit sebenarnya telah benar-benar menyusahkan orang ramai, baru-baru ini Mat Kecoh ada menerima rungutan mengenai salah seorang mangsa yang disenarai CTOS, paling mengejutkan sudah lama pinjaman yang tersenarai sebagai trade referee dalam CTOS sebenarnya sudah lama dijelaskan. Akibat penyenaraian di dalam CTOS tersebut, mangsa gagal untuk memohon pinjaman daripada mana institusi kewangan. Ini bermakna, CTOS yang begitu lembab dalam bertindak mengemaskini datanya menyebabkan si mangsa menjadi mangsa kepada CTOS. MAT KECOH percaya ramai yang berada di luar sana telah mengetahui tentang Deklarasi Menuntut DS Najib Razak meletak jawatan anjuran bersama mantan Perdana Menteri Tun Mahathir Mohammad dan juga pembangkang. Secara dasarnya Mat Kecoh turut bersetuju dengan pandangan yang dilontarkan oleh Tun Mahathir, kerana DS Najib Razak terbukti gagal menjadi Perdana Menteri yang cemerlang, lihat sahaja ketidaktentuan ekonomi dan kejatuhan nilai Ringgit yang gagal diatasi oleh DS Najib Razak selaku Perdana Menteri. Malah tidak nampak sebarang usaha oleh DS Najib Razak untuk memulihkan ekonomi dan juga mengukuhkan nilai ringgit, sebaliknya beliau lebih mementingkan usaha-usaha untuk memperkukuhkan kedudukanya sebagai Perdana Menteri dengan membuat tindakan-tindakan drastik berupa pemutihan dengan memecat sesiapa sahaja yang tidak sebulu denganya dengan cara terang-terangan mahupun cara yang penuh tersirat. Dewasa ini rakyat sebenar-benarnya tertekan dengan situasi ekonomi negara. Keadaan ekonomi negara sekarang ini, benar-benar memberikan tekanan dan kesusahan kepada rakyat. Adakah ini yang dikatakan yang dipilih rakyat? Kerajaan yang dipilih rakyat akhirnya menyusahkan rakyat sekaligus kerajaan Dinasti Najib Razak telah menyebabkan UMNO telah disenarai hitam oleh rakyat dan tunggu masa dan ketika sahaja untuk rakyat Meisytiharkan UMNO Muflis dengan memilih pembangkang pada PRU14 kelak. Tiada guna lagi DS Najib Razak mempertahankan jawatanya kerana sememangnya kedudukanya telah terjejas walaupun beliau mampu mempertahankan kedudukanya di dalam UMNO, beliau belum tentu mampu mempertahankan kedudukanya sebagai Perdana Menteri, beliau kena ingat Rakyat adalah hakim negara.
HARI ini Mat Kecoh mahu berkongsi dengan korang semua sebuah gajet keluaran terbaru Samsung. Model terbaru Samsung ini menjadi kegilaan muda-mudi masakini yang ternyata begitu taksub dengan telefon pintar. Model terbaru samsung yang Mat Kecoh maksudkan ialah Samsung Galaxy S6.
Mat Kecoh berharap moga maklumat yang bakal Mat Kecoh berikan ini akan menjadi panduan berguna buat semua pembaca setia blog Mat Kecoh ini. Maklumat berkenaan telefon pintar Samsung Galaxy S6 adalah sepertimana di bawah ini: KELUARAN: Samsung Mobile TEKNOLOGI RANGKAIAN: GSM / HSPA / LTE DIMENSI: 143.4 x 70.5 x 6.8 mm (5.65 x 2.78 x 0.27 in) BERAT: 138g SKRIN: Corning Gorilla Glass 4 back panel SIM: NANO-SIM Maklumat Lanjut boleh baca di sini. VIDEO PREVIEW SAMSUNG GALAXY S6
MAT KECOH: Nanti ada modal Mat Kecoh pun nak sambar satu...hahaha
JABATAN Pengangkutan Jalan atau ringkasnya JPJ merupakan sebuah jabatan kerajaan yang bertangunggjawab sepenuhnya dalam urusan berkaitan dengan pengangkutan jalan. Perkhidmatan yang ditawarkan oleh mereka adalah antaranya ialah memperbaharui lesen memandu dan memperbaharui cukai jalan selain pendaftaran nombor kenderaan. Itulah yang menjadi bidang kuasa JPJ sejak sekian lama. Hendak dijadikan cerita hari ini Mat Kecoh pergi membuat urusan memperbaharui Lesen Memandu di Pejabat JPJ Cawangan Kecil, Besut, Terengganu. Disebabkan Mat Kecoh memperbaharui lesen memandu itu lewat sebulan maka terpaksalah Mat Kecoh membayar 2 tahun pembaharuan lesen memandu, tak mengapalah ini sememangnya Mat Kecoh yang salah lagipun tak rugi apa-apa pun. Namun, apa yang Mat Kecoh tak berpuas hati ialah layanan yang diberikan oleh pekerja-pekerja di kaunter perkhidmatan JPJ ini. Kalau Mat Kecoh nak beri markah daripada 1-10, Mat Kecoh rasa layak diberi satu sahaja tu pun markah kesian. Layanan yang diberikan amatlah mengecewakan Mat Kecoh. |
Mat Kecoh
Mat Kecoh yang sentiasa kecoh dengan pelbagai isu sensasi dan terkini.... Archives
May 2019
Kategori
All
|